Wednesday, 1 October 2014

How To Sharpen Night Image Using Digital Photo Professional (DPP)


Kepada pengguna Canon DSLR, applikasi Digital Photo Profesional (DPP) mungkin tidak asing lagi. Tutorial kali ini saya ingin berkongsi tips bagaimana memberikan impak yang lebih menarik & berkesan seperti membetulkan imej kabur yang di ambil pada waktu malam & menjadikannya lebih sharpen. Pastikan imeg yang di ambil dalam format RAW (*.CR2).

Langkah 1 - Memilih imej 
Buka program DPP. DPP skrin Windows seperti di bawah akan dipaparkan. 

Pilih imej Raw *.CR2. Double click imej yang dipilih.

Imej akan dipaparkan pada new Windows. Imej skrin setting juga akan dipaparkan seperti di bawah.
Kalau diperhatikan imej di atas, horizontal imej nampak sedikit senget manakala komposisi agak kurang menarik.

Langkah 2 - Membetulkan kedudukan & komposisi imej

Pada tab menu, pilih Tools > Start Trimming/Angle Adjustment tool (Alt+C). Trimming/Angle Adjustment window akan dipaparkan seperti di bawah. 

Set Aspect Ratio kepada Free. Ubah nilai Angle atau gerakkan slider hingga imej nampak sekata/lurus. 
Klik OK

Pilih Tools > Start Trimming/Angle Adjustment tool (Alt+C) lagi sekali untuk kita Crop bahagian yang kita tidak perlukan. Trimming/Angle Adjustment window akan dipaparkan.

Set Aspect Ratio mengikut kesesuaian. Crop mana-mana bahagian yang tidak diperlukan. Klik OK. Skrin akan kembali kepada Image Editor.

Langkah 3 - Membetulkan White Balancing (WB)
Pada Tools setting, pilih RAW pada tab menu.
Brightness Adjustment
Gerakkan slider mengikut kesesuaian pada imej. Di sini saya membiarkannya default.

White Balance Adjustment
Saya memilih setting Color Temperature dan set kan kepada 5600K.

Picture Style
Saya memilih preset yang sedia ada dalam DPP. Klik Browse... Perhatikan pada folder path dimana fail-fail preset ini disimpan. Saya memilih WW2_CLEAR.pf2 stail. Anda boleh mencuba setiap satu preset yang ada. Klik Open.

Anda boleh teruskan pada setting yang seperti:
Contrast (+2)
 Highlight (+1)
Color tone (+2)
Color saturation (+1)
Unsharp mask
Strentgh (+7)
Fineness (+7)
Threshold (+1)

Hasil imej setting akan kelihatan seperti di bawah.
Langkah 4 - RGB
Pada Tools Menu, klik RGB
RGB setting seperti di atas.

Langkah 5 - Noise Reduction 
Pada Tools Menu, klik NR/Lens/ALO

Setting ini adalah bertujuan untuk mengurangkan noise & fringe. Klik NR Preview...

Imej akan di jelaskan 100%. Lihat pada bahagian-bahagian yang berkemungkinan ada noise yang tinggi. Lihat juga sharpness pada subjek bangunan. Gerakkan slider Luminance noise reduction & Chrominance noise reduction sehingga anda berpuas hati. Klik Apply.

Final Imej.

Anda boleh perkemaskan lagi imej di atas dengan menggunakan CS6 atau Lr5. Seperti contoh di bawah.


Done!