Friday 26 December 2014

Tutorial Efek Infrared (Fake Infrared) Pada JPG Foto Anda


Untuk menghasilkan foto Infrared, anda mungkin terpaksa mengorbankan kamera kesayangan DSLR anda untuk di'bedah' menjadi Infrared kamera & kerja-kerja pembedahan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mahir/pakar. Boleh rujuk www.lifepixel.com. Sekiranya tersilap, kamera anda berkemungkinan akan rosak kekal.

Alternatif lain, anda boleh dapatkan Infrared filter seperti Hoya R72. Kaedah ini agak rumit kerana anda memerlukan long exposure yang agak panjang (120s atau lebih) bergantung pada kecerahan cuaca.

Sekiranya anda tidak mempunyai yang di atas, anda masih boleh menghasilkan imej Infrared (fake) dengan menggunakan applikasi Photoshop. Perlu saya ingatkan, hasilnya mungkin tidak setepat imej yang dihasilkan melalui Infrared kamera tetapi ianya hampir ke arah Infrared. Jom! Mari kita mulakan.

Langkah 1
Pilih imej yang mempunyai elemen seperti pokok (hijau), air & langit (biru) lebih baik. Buka imej dalam applikasi Photoshop CS6.
Open image in Adobe Photoshop CS6

Langkah 2
Buat salinan layer, menu Layer>Duplicate Layer... atau CTRL+J
Duplicate layer

Salinan layer (Layer 1) dipaparkan di atas layer Background. Pastikan Layer 1 dipilih.
Layer duplicated

Langkah 3
Tukar imej asal kepada Invert. Menu Adjustments>Invert atau CTRL+I.
Invert image

Imej akan kelihatan seperti berikut.
Inverted image

Tukar Blend Mode kepada Color
Set Blend Mode to Color

Color Blend Mode

Langkah 4
Proses seterusnya adalah menukar warna channel (Channel Mixer). Pada Panel Layer, klik ikon New Adjustment Layer>Channel Mixer...
Channel Mixer

Channel Mixer layer akan dipaparkan di atas Layer 1.
Channel Mixer layer

Set Channel Mixer Property seperti berikut
Channel Blue : set Red 100% + set Blue 0% 
Channel Red : set Blue 100% + set Red 0%)
Channel Green : Biarkan Default
 

Channel Mixer result

Langkah 5
Langkah akhir ini adalah untuk menambahkan lagi kesan Infrared pada imej. Tekan CTRL+SHIFT+ALT+E serentak. Layer Baharu akan dipaparkan.
Group layers

Pilih Filter>Blur>Gaussian Blur...
Gaussian Blur

Masukkan nilai Radius 20pixels.
Gaussian Blur dialog box

Imej kelihatan kabur.
Gaussian Blur result

Tukar Blend Mode kepada Soft Light.
Set Blend Mode to Soft Light

Imej kelihatan lebih dramatik.
Soft Light result

Tekan CTRL+L. Levels property akan dipaparkan. 
Levels dialog box

Alihkan middle point atau masukkan nilai 2.5 pada middle point untuk menjelaskan mana-mana bahagian imej yang gelap.
Final image

Siap. Selamat mencuba!

Thursday 4 December 2014

Starry Night Effect Using Photoshop CS6


Jadikan foto malam anda lebih menarik dengan efek bintang menggunakan applikasi Adobe Photoshop CS6.

Saya ingin berkongsi bagaimana kita boleh menjadikan foto malam kita lebih menarik dengan memenuhi ruang langit dengan bintang berkelipan seperti foto di bawah.

Before (thumbnail) & After
Jom kita mulakan!

Langkah 1: Aplikasi Photoshop CS6
Buka Raw foto dalam aplikasi Photoshop CS6. Foto thumbnail akan dipaparkan pada Panel Layers.

New file open
Pada Panel Layers, tambah layer baharu di atas layer Background. Klik ikon New Layer di bawah Panel Layers.
Add new layer
Layer baharu akan dipaparkan di atas layer background.
New layer added
Langkah 2: Layer Baharu
Kita perlu hitamkan fill layer yang baharu ini. Pada menu utama, pilih Edit > Fill (Shift+F5)
Fill menu selection
Paparan skrin seperti di bawah akan dipaparkan & setting seperti berikut. Klik OK.
Fill dialog box
Fill layer baharu tadi akan bertukar menjadi hitam.
Fill turn to black
Langkah 3: Smart Layer
Langkah seterusnya, kita akan mengenakan beberapa filters pada layer baharu ini. Tukarkan layer baharu ini menjadi Smart Layer Object. Penggunaan Smart Layer Object memudahkan kita untuk ubahsuai kembali filters yang sebelumnya sekiranya perlu. Pastikan Layer 1 dipilih. Pada penjuru kanan Layers, klik menu kecil seperti ditunjukkan di bawah. 
Creating Smart Layer Object
Klik Convert to Smart Object.
Select Convert to Smart Object
Pada Layer 1, anda akan lihat Smart Object Icon dipaparkan di sudut kanan thumbnail preview
Smart Object
Langkah 4: Noise Effect
Ok kini proses untuk mengenakan beberapa filters. Kita mulakan dulu dengan filter Noise. Klik Filter > Noise > Add Noise... 
Add noise effect
Kotak menu Add Noise... akan dipaparkan. Amount adalah jumlah dots yang kita perlukan. Saya memilih 30%. Pilih Gaussian pada section Distribution. Tandakan Monochromatic. Klik OK
Add Noise dialog box
Pada Panel Layers, kita akan lihat filters layer baharu di tambah di bawah Layer 1
New smart filters added
Langkah 5: Gaussion Blur Filter
Sekarang kita perlukan kaburkan Noise supaya dots tadi nampak kembang. Pilih Filter > Blur > Gaussian Blur...
Add Gaussian Blur
Kotak Gaussian Blur akan dipaparkan seperti di bawah. Set Radius 3.0. Klik OK.
Gaussian Blur setting 
Gaussion Blur filter akan ditambah di bawah Layer 1.
Gaussian Blur filter added 
Langkah 6: Level Adjustments Layer
Klik New Adjustment Layer ikon di bawah Panel Layers.
New Adjustment Layer
Pilih Levels...
Select Levels...
New Adjustment Layer properties akan dipaparkan. Pada bahagian bawah properties menu, klik ikon adjustment clips to the layer seperti dalam bulatan merah. Ini memastikan efek yang akan kita setting nanti hanya memberi kesan kepada Layer 1 sahaja. 
Adjustment clip
Layer baharu iaitu Levels 1 akan di tambah diatas Layer 1. Perhatikan juga di sebelah kiri (bulatan merah) anak panah menunjuk arah bawah ialah adjustments clip yang kita klik di atas. 
Adjustment clip layer
Langkah 7: White & Black Points
Berbalik kepada Properties Adjustments Levels, rujuk histogram di bawah. Perhatikan ada 3 penanda pada histogram tersebut iaitu hitam (kiri), kelabu (tengah) & putih (kanan). 
Levels setting
Gerakkan penanda putih ke kiri hingga ke ke hujung histogram kanan. Kemudian gerakkan penanda hitam di sebelah kiri ke kanan seperti di bawah.
Levels setting
Efek bintang akan terpapar seperti di bawah. Anda boleh mengubah pananda hitam di atas mengikut kesusaian atau berapa bintang yang anda mahu. 
Stars effect
Langkah 8: Hue/Saturation Adjustment Layer
Untuk bintang kelihatan sedikit berwarna-warni, klik New Adjustment Layer pada Panel Layers, pilih Hue/Saturation...
Hue/Saturation selection
Hue/Saturation properties akan dipaparkan. Klik Clip to layer ikon seperti di bulatan merah. 
Hue/Saturation properties
Pada Panel Layers, layer baharu ditambah di atas layer Levels 1, iaitu layer Hue/Saturati... Perhatikan juga pada kiri layer Hue/Saturati... terdapat anak panah ke bawah iaitu Clip layer yang kita klik di atas. ini memastikan hanya Layer 1 sahaja akan terkesan dengan efek atau setting yang akan di lakukan selepas ini.

Kembali kepada Properties Hue/Saturation. Klik Colorize checkbox. Gerakkan slider Hue mengikut warna yang anda kehendaki. Saya memilih 212 (cyan). Begitu juga dengan slider Saturation.
Hue/Saturation setting
hasilnya seperti di bawah.
Stars
Langkah 9: Group Layers
Sambil tekan kekunci Shift, pilih layers Hue/Saturati..., Levels 1 & Layer 1 serentak. Sambil ketiga-tiga layers ini dipilih, klik pada Panel Layers menu ikon & pilih New Group from Layers...
Groups layers
New Group from Layers kotak menu dipaparkan. Tukarkan nama Group 1 kepada Stars. Klik OK.
New Group from Layers
Panel Layers akan kelihatan seperti berikut. 
New group layers
Langkah 10: Raw foto
Tutup layers Stars buat sementara untuk melihat kembali foto asal kita. Klik pada ikon mata di sebelah kiri layer Stars. 
Hide Stars's layer
Langkah 11: Selection Area
Imej asal Background akan kelihatan. 
Original image
Langkah seterusnya ialah memilih kawasan dimana kerlipan bintang tidak sepatutnya kelihatan. Pada Selection Tools menu, pilih Lasso Tool (L).
Lasso
Dengan menggunakan Lasso Tool, pilih kawasan yang kita tidak mahu kerlipan bintang kelihatan seperti foto di bawah. 
Selection area
Buka kembali layer Stars dengan klik pada ikon mata disebelah kiri. 
Selected area
Langkah 12: Layer Mask
Sambil menekan kekunci Alt, klik Add Layer Mask pada bahagian bawah Panel Layers.
Mask. Layer Mask thumbnail akan terpapar di sebelah kanan layers Stars group. 
Add Mask
Imej akan kelihatan seperti berikut.
Mask
Langkah 13: Blend Mode
Tukarkan Blend Mode kepada Screen seperti di bawah. 
Screen mode
Naahhhhh...