Bagaimana mendominasikan foto anda dengan satu warna pada foto monokrom supaya subjek nampak lebih terserlah. Anda boleh lakukannya dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop tanpa teknik 'Selections'.
Apa yang diperlukan:
Satu foto dalam format JPG
Aplikasi
Adobe Photoshop CS6
Langkah 1
Buka imej dalam aplikasi Adobe Photoshop CS6. Tekan CTRL+J dua kali untuk jadikan imej tersebut 3 layers.
 |
Open image & duplicate twice |
Langkah 2
Klik simbol ikon 'eye' pada Layer 1 Copy & Layer 1 supaya kedua-dua layer ini tidak kelihatan. Klik layer Background (bawah sekali) untuk mengaktifkannya.
 |
Toggle layer 1 & 2 |
Tekan CTRL+U untuk buka Hue/Saturation palet. pada pilihan warna (item 1), pilih Yellow. Tukar Saturation (item 2) kepada -100. Lakukan langkah ini untuk pilihan warna yang seterusnya seperti Cyans, Blues & Green. Oleh kerana saya ingin mengekalkan warna merah jambu pada subjek utama iaitu meter air, saya biarkan Magenta pada value 0 & saya set -30 pada Reds.
 |
Colors saturation setting |
Langkah 3
Klik Layer 1 (tengah) untuk aktifkannya & klik simbol ikon 'eye'. Layer 1 akan menutupi layer Background. Tekan CTRL+U. Pilih Master & set Saturation -100. Imej bertukar menjadi hitam putih.
 |
Master color setting |
Klik Layer>Layer Mask>Reveal All. Layer Mask akan dipaparkan seperti di bawah.
 |
Masking |
Pastikan Hitam sebagai
Foreground.
Pastikan layer 1 (ditengah-tengah) diaktifkan & klik pada Mask (kotak putih). klik (B) atau Brush Tools & sapukan pada meter air & penguncinya untuk mengembalikan warna asal (merah jambu & kuning karat).
Langkah 4
Langkah akhir ini sebagai enhancement dengan sedikit toning supaya subjek nampak lebih menyerlah. Aktifkan Layar 1 Copy (atas) & klik ikon 'eye'. Layer atas ini (imej asal) akan menutupi layer di bawahnya. Tukar Blend Mode dari Normal ke Soft Light.
 |
Change Blend Mode to Soft Light |
Tekan CTRL+U. Tandakan pada kotak Colorize seperti di bawah & set value seperti berikut;
Hue +45; Saturation +20; Lightness -20.
Done!
 |
Final image |