Friday 20 March 2015

Bagaimana Mendominasikan Foto Dengan Satu Warna (Splashing)

Bagaimana mendominasikan foto anda dengan satu warna pada foto monokrom supaya subjek nampak lebih terserlah. Anda boleh lakukannya dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop tanpa teknik 'Selections'. 


Apa yang diperlukan:
Satu foto dalam format JPG
Aplikasi Adobe Photoshop CS6

Langkah 1
Buka imej dalam aplikasi Adobe Photoshop CS6. Tekan CTRL+J dua kali untuk jadikan imej tersebut 3 layers.
Open image & duplicate twice
Langkah 2
Klik simbol ikon 'eye' pada Layer 1 Copy & Layer 1 supaya kedua-dua layer ini tidak kelihatan. Klik layer Background (bawah sekali) untuk mengaktifkannya. 
Toggle layer 1 & 2
Tekan CTRL+U untuk buka Hue/Saturation palet. pada pilihan warna (item 1), pilih Yellow. Tukar Saturation (item 2) kepada -100. Lakukan langkah ini untuk pilihan warna yang seterusnya seperti Cyans, Blues & Green. Oleh kerana saya ingin mengekalkan warna merah jambu pada subjek utama iaitu meter air, saya biarkan Magenta pada value 0 & saya set -30 pada Reds
Colors saturation setting
Langkah 3
Klik Layer 1 (tengah) untuk aktifkannya & klik simbol ikon 'eye'. Layer 1 akan menutupi layer Background. Tekan CTRL+U. Pilih Master & set Saturation -100. Imej bertukar menjadi hitam putih. 
Master color setting
Klik Layer>Layer Mask>Reveal All. Layer Mask akan dipaparkan seperti di bawah. 
Masking
Pastikan Hitam sebagai Foreground.

Pastikan layer 1 (ditengah-tengah) diaktifkan & klik pada Mask (kotak putih). klik (B) atau Brush Tools & sapukan pada meter air & penguncinya untuk mengembalikan warna asal (merah jambu & kuning karat). 

Langkah 4
Langkah akhir ini sebagai enhancement dengan sedikit toning supaya subjek nampak lebih menyerlah. Aktifkan Layar 1 Copy (atas) & klik ikon 'eye'. Layer atas ini (imej asal) akan menutupi layer di bawahnya. Tukar Blend Mode dari Normal ke Soft Light
Change Blend Mode to Soft Light
Tekan CTRL+U. Tandakan pada kotak Colorize seperti di bawah & set value seperti berikut;
Hue +45; Saturation +20; Lightness -20. 

Done!
Final image

No comments:

Post a Comment