Saturday 16 May 2015

Enhance Colors In Lightroom 5

Foto kelihatan pudar atau tidak bermaya terutama foto yang under exposed? Tutorial ini memberi panduan sedikit sebanyak bagaimana mengawal brightness, tint, intensity warna pada foto dengan menggunakan aplikasi Adobe Lightroom 5.

Selepas
After adjust
Sebelum
Before adjustment
Langkah 1
Buka foto dalam Lightroom 5. Pada menu Basic, Set Highlight -100, Shadow +100, Whites +67 & Blacks -65. Walau bagaimanapun, setting ini bergantung pada foto & mengikut citarasa masing-masing.
Basic setting
Langkah 2
Masih lagi pada menu Basic, kali ini set Clarity +100 & Vibrance +40

Anda boleh juga ubah setting pada Temp & Tint. Di sini saya set Temp -17 & Tint +7
Langkah 3
Pada menu panel, klik HSL tab & klik Hue. Ada 8 saluran warna dimana anda boleh melakukan eksperimen pada setiap satu caluran warna bergantung pada warna pada foto anda. 
Color setting
Langkah 4
Masih lagi pada menu HSL, tetapi kali ini klik pada Saturation. lakukan setting yang sama anda lakukan pada setting Hue
Langkah 5
Klik Detail pada menu. Set Amount +90, Radius +2.5 & Masking +80. Imej mungkin akan kelihatan noise. Untuk kawal noise, ubah slider Luminance & Detail pada Noise Reduction tab
Detail setting
Langkah 6
Klik HSL pada panel menu, klik Luminance. Fungsi ini mengawal pencahayaan pada setiap warna pada imej. Set slider pada setiap warna mengikut citarasa anda. 

Langkah 7 (pilihan)
Sebagai pilihan, anda boleh beri efek Vignette pada imej anda. Klik Effects pada panel menu. Setting saya adalah seperti berikut. 
Vignette setting
Done!

Saturday 28 March 2015

Comic Pop-Art Photoshop Tutorial

Bagaimana ingin menukar foto potret anda kepada ilustrasi komik dengan menggunakan teknik mudah dalam aplikasi Adobe Photoshop CS6? Mari kita mulakan.


Apa yang diperlukan?
Foto dalam JPG format
Aplikasi Adobe Photoshop CS6


Langkah 1
Image in JPG format

Buka imej potret dalam Photoshop CS6. Buat salinan imej CTRL+J. Pada menu, Layer>New Adjustment Layer>Brightness/Contrast... Tukar setting seperti berikut:
Brightness control
Pastikan Layer 1 dalam aktif.
Select Layer 1
Langkah 2
Filter>Filter Gallery... Menu Gallery dipaparkan. Disebelah kanan imej preview, terdapat pilihan panel. Pilih Sketch, kemudian pilih efek Photocopy. Tukar setting Detail +24 & Darkness 9. Klik OK.
Sketch effect
View in PS Window
Langkah 4
Ulangi langkah 3, tapi kali ini pada pilihan panel Sketch, pilih Conte Crayon. Setting seperti berikut:
Foreground Level +12, Background Level +5, Scaling +50% & Relief 0. Klik Ok
Conte Crayon effect
Langkah 5
Imej Sketch menutupi imej asal. Tukar Blend Mode kepada Multiply
Blend Mode to Multiply
Bingo!!!

Friday 20 March 2015

Bagaimana Mendominasikan Foto Dengan Satu Warna (Splashing)

Bagaimana mendominasikan foto anda dengan satu warna pada foto monokrom supaya subjek nampak lebih terserlah. Anda boleh lakukannya dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop tanpa teknik 'Selections'. 


Apa yang diperlukan:
Satu foto dalam format JPG
Aplikasi Adobe Photoshop CS6

Langkah 1
Buka imej dalam aplikasi Adobe Photoshop CS6. Tekan CTRL+J dua kali untuk jadikan imej tersebut 3 layers.
Open image & duplicate twice
Langkah 2
Klik simbol ikon 'eye' pada Layer 1 Copy & Layer 1 supaya kedua-dua layer ini tidak kelihatan. Klik layer Background (bawah sekali) untuk mengaktifkannya. 
Toggle layer 1 & 2
Tekan CTRL+U untuk buka Hue/Saturation palet. pada pilihan warna (item 1), pilih Yellow. Tukar Saturation (item 2) kepada -100. Lakukan langkah ini untuk pilihan warna yang seterusnya seperti Cyans, Blues & Green. Oleh kerana saya ingin mengekalkan warna merah jambu pada subjek utama iaitu meter air, saya biarkan Magenta pada value 0 & saya set -30 pada Reds
Colors saturation setting
Langkah 3
Klik Layer 1 (tengah) untuk aktifkannya & klik simbol ikon 'eye'. Layer 1 akan menutupi layer Background. Tekan CTRL+U. Pilih Master & set Saturation -100. Imej bertukar menjadi hitam putih. 
Master color setting
Klik Layer>Layer Mask>Reveal All. Layer Mask akan dipaparkan seperti di bawah. 
Masking
Pastikan Hitam sebagai Foreground.

Pastikan layer 1 (ditengah-tengah) diaktifkan & klik pada Mask (kotak putih). klik (B) atau Brush Tools & sapukan pada meter air & penguncinya untuk mengembalikan warna asal (merah jambu & kuning karat). 

Langkah 4
Langkah akhir ini sebagai enhancement dengan sedikit toning supaya subjek nampak lebih menyerlah. Aktifkan Layar 1 Copy (atas) & klik ikon 'eye'. Layer atas ini (imej asal) akan menutupi layer di bawahnya. Tukar Blend Mode dari Normal ke Soft Light
Change Blend Mode to Soft Light
Tekan CTRL+U. Tandakan pada kotak Colorize seperti di bawah & set value seperti berikut;
Hue +45; Saturation +20; Lightness -20. 

Done!
Final image

Friday 13 February 2015

Replace Color Using Adobe Elements 11


Bagaimana menukar sesuatu warna dari objek asal kepada warna lain dengan teknik mudah menggunakan aplikasi Adobe Elements 11.

Material:
Raw: Imej JPG
Aplikasi: Adobe Elements 11

Langkah 1
Buka imej File>Open.... Buat salinan Imej, CTRL+J
Open & duplicate image
Langkah 2
Menu Enhance>Adjust Color>Replace Color. Pada imej, klik warna yang ingin ditukarkan. Contohnya pada imej ini, saya memilih warna pink gelap. 
Replace color
Gunakan Eyedroppers (1) untuk melebarkan kawasan warna pink. Kotak pink (2) dipanggil Color Pickers iaitu menunjukkan warna yang akan digantikan. 
Selection color
Langkah 3
Pada seksyen Replacement, pilih warna yang akan menggantikan warna pink pada objek asal. Saya memilih setting seperti di bawah. Klik OK.
Hue/saturation
Hasil objek seperti di bawah.

Langkah 4
Ubahkan Opacity mengikut kesesuaian objek anda. 
Image layers
Final objek.
Final

Tuesday 27 January 2015

Retro Style Duo-Tone Image

Before & After
Kaedah ini sebenarnya lebih kurang sama cara bagaimana ingin menukar standard foto warna kepada hitam putih (monochrome). Tutorial kali ini, saya ingin berkongsi teknik bagaimana kita boleh hasilkan foto duo-tone yang dapat memberi mood & ambience pada foto kita.

Applikasi: Adobe Photoshop CS6
Foto format: JPG

Langkah 1
Buka JPG foto dalam Photoshop. Pada panel Channels (1), aktifkan channel Red & Blue (2) sahaja.
Channel color
Langkah 2
Menu Image>Mode>Grayscale dan klik Discard pada warning box.
Grayscale
Kemudian set RGB, Image>Mode>RGB Color.

Langkah 3
Menu Image>Adjustments>Shadow/Highlights. klik kotak Show More Options. Setting seperti berikut.

Langkah 4
Tambahkan kontras dengan ciri Curves. Image>Adjustments>Curves.

Langkah 5
Jadikan foto lebih sharp dengan ciri Unsharp Mask. Filter>Sharpen>Unsharp Mask. Setting seperti ilustrasi di bawah.
Unsharp Mask setting

Image sharpen
Langkah 6
Tukarkan ke Grayscale semula untuk langkah-langkah duo-tone yg seterusnya. Image>Mode>Grayscale dan klik Discard.

Langkah 7
Image>Mode>Duotone dan menu Duotone Options dipaparkan. Pada Type menu, pilih Duotone(1). Pilih 2 warna mengikut pilihan anda pada kotak warna Ink 1 & 2 (2). Namakan kedua kotak warna berkenaan.
Duo-tone color selection

Hasil foto setelah 2 warna dipilih.
Duo-tone image

Langkah 8
Anda masih boleh mengubah tone dengan pergi semula ke Image>Mode>Duotone. Klik kotak putih yang ada line (1)  sebelah kotak warna.
Repeat duo-tone setting
Ubah graf atau kotak value sehingga menepati kesan warna yang dikehendaki.
Duo-tone graph setting color 1
Ulangi langkah di atas untuk graf warna yang kedua.
Duo-tone graph setting color 2
Final foto.