Saturday 16 May 2015

Enhance Colors In Lightroom 5

Foto kelihatan pudar atau tidak bermaya terutama foto yang under exposed? Tutorial ini memberi panduan sedikit sebanyak bagaimana mengawal brightness, tint, intensity warna pada foto dengan menggunakan aplikasi Adobe Lightroom 5.

Selepas
After adjust
Sebelum
Before adjustment
Langkah 1
Buka foto dalam Lightroom 5. Pada menu Basic, Set Highlight -100, Shadow +100, Whites +67 & Blacks -65. Walau bagaimanapun, setting ini bergantung pada foto & mengikut citarasa masing-masing.
Basic setting
Langkah 2
Masih lagi pada menu Basic, kali ini set Clarity +100 & Vibrance +40

Anda boleh juga ubah setting pada Temp & Tint. Di sini saya set Temp -17 & Tint +7
Langkah 3
Pada menu panel, klik HSL tab & klik Hue. Ada 8 saluran warna dimana anda boleh melakukan eksperimen pada setiap satu caluran warna bergantung pada warna pada foto anda. 
Color setting
Langkah 4
Masih lagi pada menu HSL, tetapi kali ini klik pada Saturation. lakukan setting yang sama anda lakukan pada setting Hue
Langkah 5
Klik Detail pada menu. Set Amount +90, Radius +2.5 & Masking +80. Imej mungkin akan kelihatan noise. Untuk kawal noise, ubah slider Luminance & Detail pada Noise Reduction tab
Detail setting
Langkah 6
Klik HSL pada panel menu, klik Luminance. Fungsi ini mengawal pencahayaan pada setiap warna pada imej. Set slider pada setiap warna mengikut citarasa anda. 

Langkah 7 (pilihan)
Sebagai pilihan, anda boleh beri efek Vignette pada imej anda. Klik Effects pada panel menu. Setting saya adalah seperti berikut. 
Vignette setting
Done!

2 comments:

  1. Wow! Info bergunaaaa...Tak pernah lagi try...mmg x download adobe ...hoho..guna photoscape ajo

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa... ada lagi rupanya blogspot saya ni. menjak beralih ke wordpress, dah lama saya tak maintain blogspot ni. anyway, byk dah free apps yg compete dgn photoshop ni. photoscape pn not bad. saya pn selalu jgk guna photoscape utk quick editing.

      Delete