Thursday, 11 September 2014

Lightroom 5 - Correcting Under Expose Image

Correcting Under Exposure Image

 

Foto asal : Canon EOS1100D | No filter | RAW .CR2 Format | F/6.3 | ISO-100 | 1/125s | 38mm


Anda mungkin mempunyai pengalaman mengambil gambar dan hasilnya seperti di atas. Kebiasaannya saya akan memadam foto sedemikian. Namun, dengan beberapa teknik melalui Lr5, foto berkenaan boleh diselamatkan. 

Nota: 
  1. Pengetahuan asas mengenai Lr diperlukan
  2. Setiap setting mungkin berbeza-beza bergantung kepada Exif & kualiti Imej. 


Langkah 1: Basic Panel

Basic Panel adalah setting asas sebelum kita meneruskan imej proses yang selanjutnya. 

  • Menurunkan highlights (-81) akan menutralkan bahagian yang terlalu terang (over exposed) tanpa mengganggu titik putih pada imej sebenar. Manakala menaikkan Shadows (+76) akan mencerahkan bahagian yang gelap & menaikkan struktur jelas pada imej (bahagian sawah & pokok). 
  • Blacks (-19) & Whites (+60) mengembalikan semula contrast yang hilang akibat langkah di atas. Hati-hati bila menggerakkan slider Black & White ini supaya jangan sampai menjejaskan tona asal foto. 
  • Gerakkan Exposure (+0.48) slider untuk mendapatkan contrast yang sesuai. 
  • Sebagai tambahan, anda juga boleh mencuba Vibrance & Saturation tetapi jangan sampai over saturated. saya menggunakan setting Vibrance (+62) & Saturation (+26) untuk imej ini.

Langkah 2: Adjustment Brush (K)



Teknik berikut adalah untuk memberi kesan yang lebih dramatik pada bahagian langit. Saya memilih fungsi Adjustment Brush. 
  • Klik ikon Adjustment Brush (bulatan merah) atau tekan (K) untuk ke panel Adjustment Brush. Setting di atas mengikut kesesuaian & citarasa masing-masing. Anda juga boleh memilih preset yang disediakan pada Effect>Burn (Darken). Set brush size (13) & sapukan pada bahagian langit. Anda mungkin perlu menukar brush size pada bahagian yang sempit/kecil. 
  • Untuk memadam bahagian yang tidak diperlukan, tekan Alt semasa menyapu (serentak).


  • Dengan meletakkan tetikus pada bulatan kecil hitam (bulatan merah), anda akan dapat melihat kawasan yang telah disapu seperti di atas (warna merah/pink).
  • Anda juga boleh menggunakan teknik yang sama untuk mencerahkan bahagian pokok & sawah dengan memilih preset Effect>Dodge (Lighten) atau menggunakan teknik yang seterusnya.


Langkah 3: Graduated Filter (M)

Langkah berikut ada untuk memberi impak bahagian bawah foto iaitu hijau sawah. Saya memilih fungsi Graduated Filter. Klik ikon Graduated Filter atau tekan (M) untuk ke panel Graduated Filter. Setting berikut mengikut citarasa masing-masing & juga bergantung pada kualiti RAW. Seperti biasa, anda boleh menggunakan preset Effect yang sedia ada. 



Anda akan dapat lihat bulatan kecil titik hitam & juga garisan horizontal area, kawasan di mana efeknya akan berubah mengikut setting pada panel Graduated Filter.  

Langkah Akhir: HSL/Color

langkah akhir ini adalah untuk menaikkan warna supaya imej nampak lebih menarik. 

HSL setting

SaturationYellow (+31)Green (+36)Blue (+49)

Luminance
Yellow (-20)
Blue (-36)

Color Setting

Yellow
Saturation (+31)
Luminance (-20)

Green
Saturation (+36)

Blue
Saturation (+49)
Luminance (-36)