Saturday 11 October 2014

Memproses RAW & Smart Objects


Pastikan imej yang di ambil mesti dalam Raw format samada .CR2 untuk Canon atau .NEF untuk Nikon.

Imej asal | *.CR2 format | Canon EOS1100D | f5.6 | ISO100 | 1/80s

Split Raw Conversion
Kita akan lakukan imej proses dalam dua peringkat iaitu Adobe Camera Raw untuk tonal yang berbeza & Photoshop CS6 untuk final imej.

Langkah 1
Buka applikasi Photoshop CS6. Buka Raw imej. Oleh kerana imej dalam Raw format, Imej akan dibuka dengan menggunakan Adobe Camera Raw secara otomatik. Applikasi Adobe Camera Raw ini didatangkan bersama Photoshop CS6.


Langkah pertama yang saya lakukan ialah crop imej. Langkah ini terpulang & bergantung pada imej masing-masing. Double click mouse setelah anda berpuashati dengan saiz crop yang dikehendaki.

Seterusnya adalah mengubahsuai tonal pada imej seperti Exposure, Shadows, Clarity, Saturation & sebagainya. Contohnya, menaikkan slider pada Blacks & Shadow akan memberi sedikit jelas pada kawasan yang gelap. Setting imej saya seperti di bawah.


Langkah 2
Langkah seterusnya adalah untuk memberi enhance pada kawasan yang tertentu. Pada imej saya ini, bahagian langit kelihatan kurang menarik.  Jadi saya memilih untuk menjadikan bahagian langit kelihatan biru.

Pilih Adjustment Brush Tool, menu atas sebelah kiri.

Setting Adjustment Brush mengikut kesesuaian. Saya ingin langit kelihatan biru, jadi setting saya seperti di bawah.

Warnakan kawasan langit dengan brush yang telah kita setting sebentar tadi. Hati-hati pada bahagian yang kecil atau sempit. Anda mungkin perlu menukar saiz brush kepada yang lebih kecil. Sekiranya tersapu warna pada bahagian yang tidak sepatutnya, anda boleh memadamkannya dengan memilih fungsi Erase pada Adjustment Brush panel sebelah kanan.

Langkah 3
Saya ingin langit kelihatan lebih dramatik. Pilih Graduated Filter pada menu sebelah atas kiri.

Setting untuk Graduated Filter saya adalah seperti berikut.

Kembali pada imej, Tarik garisan filter dari atas ke bawah (bermula bahagian gelap ke terang).

Pada bahagian bawah sebelah kanan skrin, anda akan nampak button 'Open Image'.  Tunggu sebentar, jangan tekan dulu!

Apabila anda tekan shift pada keyboard, button 'Open Image' akan bertukar kepada 'Open Object'. Sambil tekan butang shift pada keyboard, tekan butang 'Open Image'. Imej akan dibuka ke aplikasi Photoshop sebagai Smart Object.

Langkah 4
Sekarang kita berada pada aplikasi Photoshop. Anda boleh meneruskan features adjustments pada Photoshop untuk menambahkan efek pada imej.

Done!

No comments:

Post a Comment