Friday, 16 January 2015

Portrait Foto Under Exposed? Come Fix It Using Photoshop!

Mengambil foto keluarga atau portrait memang menyeronokkan samada menggunakan DSLR atau pun mobile phone. Namun, kadang-kadang foto yang di ambil agak gelap atau under expose. Apa yang boleh kita lakukan pada foto yang under expose?


Tutorial di bawah ini adalah teknik asas bagaimana membetulkan bahagian foto yang under expose. Sila ambil perhatian, hasil daripada langkah-langkah yang saya kongsikan ini bergantung pada kualiti foto asal anda. Foto yang saya gunakan di bawah ini adalah dari raw yang rendah kualiti (high noise).

Jom kita mulakan!

Nota:
Applikasi digunakan Adobe Photoshop CS6
Raw Imej *.JPG format

Langkah 1
Buka JPG imej dalam Photoshop. File>Open pilih foto Raw anda. Crop imej sekiranya perlu, tekan (C). Saya memilih saiz square 1x1.

Langkah 2
Betulkan imej contrast. Pada menu, pilih Layer>New Adjustment Layer>Levels. Layer baharu, Levels 1 dipaparkan di atas Layer Background.

Level properties akan dipaparkan seperti di bawah. Tukar midtone input level (bulatan merah 2) antara 1.50 - 2.00. Untuk imej saya yang noise agak tinggi, saya memilih 1.70. Tukar nilai shadow input value 6 (bulatan merah 1).

Imej akan kelihatan seperti berikut.

Langkah 3
Buka layer baharu. Pada menu, tekan Layer>New>Layer... Layer baharu akan dipaparkan pada panel layer.  Namakan layer ini Color Cast.

Tekan Eyedropper ikon (i) dan klik pada mana-mana bahagian warna kulit pada imej. Tekan Edit>Fill pada menu. Pada Fill properties, pilih Foreground Color dan klik OK.

Warna fill pada layer Color Cast bertukar menjadi warna yang anda pilih pada proses eyedropper di atas tadi.

Langkah 4
Pastikan layer Color Cast dipilih pada panel. Menu, pilih Image>Adjustments>Invert (CTRL+I). Fill Color Cast bertukar seperti di bawah.

Pada panel layers, tukar Blend mode kepada Color. Set Opacity 10%. 

Langkah 5
Proses berikut saya panggil 'Make-up', iaitu mencerahkan subjek. Tekan Layer>New Adjustment Layer>Levels. Layer baharu Levels 2 dipaparkan pada panel layers. Tukar Blend mode kepada Screen. Tekan layer masks (anak panah). Pilih Brush (B) dan sapukan pada bahagian muka untuk menambahkan cerah. untuk imej saya ini agak kurang menyerlah oleh kerana noise nya yang tinggi.

Langkah 6
Buka layer baharu dan namakan layer ini Sharpen. Tekan serentak CTRL+Shift+Alt+E ianya akan menjadikan kesemua edit layers sebelum ini dalam 1 layer di bawah layer yang kita namakan sebentar tadi, Sharpen.

Menu, tekan Filter>Other>High Pass. set Radius 5 dan tekan OK. Tukar Blend Mode ke Overlay dan Opacity 75%.

Langkah 7
DOF (Depth of Field). Buka layer baharu dan namakan layer ini Blur. Tekan serentak CTRL+Shift+Alt+E ianya akan menjadikan kesemua edit layers sebelum ini dalam 1 layer di bawah layer yang kita namakan sebentar tadi, Blur.

Menu, tekan Filter>Blur>Gaussian Blur. set Radius 8 dan tekan OK

Langkah 8
Menu, tekan Layer>Layer Mask>Reveal All. Tekan Black Brush dan sapukan pada subjek utama. 

Sharpness pada subjek utama dikembalikan.

Done!